About Us



Diva Bee Enterprise telah ditubuhkan secara rasminya pada 15 Mei 2015 oleh Khamarul Azman Bin Mustafa, seorang pengusaha dan penternak lebah kelulut terbesar di Kelantan. Melalui hasil madu kelulut, beliau telah menceburi bidang perniagaan di Malaysia untuk memperkenalkan dan berkongsikan tentang manfaat dan kebaikan madu daripada lebah kelulut. Melalui penglibatan beliau dalam bidang perniagaan, beliau telah menghasilkan produk pertama yang mengabungkan 2 jenis bahan iaitu madu dan propolis hasil dari lebah kelulut yang diperoleh dari ladang sendiri. Melalui sumber organik yang asli, Diva Bee telah menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan yang menggunakan madu dari lebah kelulut sebagai bahan utama dalam setiap produk untuk merawat kesan negatif pada luaran mahupun dalaman manusia.

Kini Diva Bee telah dapat sambutan dari pelbagai jenis masyarakat dan juga penggemar madu. Hasil dari sambutan ini, Diva Bee telah menarik minat ramai usahawan untuk menjana pendapatan melalui madu dan produk yang berasaskan madu. Kemajuan jualan produk organik dari Diva Bee dalam pasaran domestik telah pesat berkembang dan kini sedang mengatur langkah untuk menembusi pasaran global.